Video Lucah Mirip Aiman Tino Tersebar!

Gosip

RAKAMAN video lucah mirip penyanyi muda Aiman Tino tersebar di Twitter sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, lelaki berkenaan melakukan beberapa aksi mengghairahkan dalam keadaan berdiri dan mengiring.

Sambil menyentuh kemaluannya, aksi di dalam sebuah kamar tidur itu kelihatan sengaja dirakamkan berdasarkan interaksinya dengan kamera.

Namun, bahagian kemaluan lelaki itu ditutup menggunakan grafik stiker.

Terkejut dengan penyebaran video berkenaan, netizen rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan tidak percaya.

Tinjauan terkini, video itu telah dipadamkan daripada Twitter.

Menerusi satu video rancangan #bizibody di youtube milik mStar Online Malaysia, selebriti youtube, Qarami Hashim telah memasuki bilik Aiman Tino dan di satu sudut terdapat bingkai gambar yang hampir sama dengan video viral.

Bingkai gambar bercorak hitam putih itu masih menjadi topik perbualan hangat netizen di laman sosial.

Sebelum ini, beberapa artis lelaki tempatan pernah terpalit dengan kontroversi video dan gambar lucah antaranya mirip Idris Khan, Syafiq Kyle, Ammar Alfian dan Ameer Forteen.