Video Gadis Iras Juara Dewi Remaja Sedang Asyik Berparti Tular

Hiburan

BARU sahaja merangkul gelaran Juara Dewi Remaja 2018/2019, nama Haneesya Hanee terpalit dengan kontroversi liar apabila tersebar video pendek memperlihatkan dia sedang berparti sakan dengan teman-teman di kelab malam.

Video yang mula viral di laman sosial itu memaparkan secara jelas aksi gadis tersebut sedang berhibur sambil memegang segelas air dipercayai minuman keras.

Namun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian.

Video tular di Twitter dan Instagram.

Sebuah portal hiburan iaitu MHE TV turut memuat naik rakaman tersebut dan menerima pelbagai reaksi pengguna laman sosial.

Ada yang menyatakan rasa terkejut dan tidak menyangka gadis berusia 18 tahun itu merupakan ‘kaki sosial’.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada penjelasan daripada tuan punya badan berhubung kejadian tersebut.

Apa-apa pun kita nantikan kenyataan Haneesya dan mungkin dia mempunyai penjelasan berhubung penularan rakaman tersebut.