APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Tidak pilih kasih, Masuk Wakanda mesti ikut kriteria.

SETIAP pemain Ragnarok Mobile Eternal Love Sea berlumba-lumba untuk menyertai pasukan (guild) yang terbaik.

Namun, apa yang menjadi isu adalah terdapat pasukan yang tidak menerima pemain baharu atau pemain yang tidak kuat.

Bagi ketua pasukan Wakanda iaitu Wakjilat, pemilihan ahli pasukan adalah penting untuk memastikan prestasi pasukan terus meningkat.

“Kami tidak mendiskriminasi pemain, untuk masuk pasukan Wakanda… korang harus level 80 keatas dan mempunyai guild contribution sekurang-kurangnya 15,000 hingga 30,000”

Tambahnya, jika pemain tidak mencapai kriteria yang dikehendaki, mereka menyediakan pasukan kedua iaitu Wakanda 2. 

“Kami tidak pilih kasih, yang penting korang boleh beri komitmen sepenuhnya” katanya ketika dihubungi APTB.

Menjawab isu salah faham antara Wakanda dan Code55, Wakjilat sebagai High Priest berkata ia hanya salah faham.

Menurut Wak, isu ini muncul apabila salah seorang ahli Wakanda membunuh Orc Hero yang cuba dibunuh oleh Code55. 

“Tiada pergaduhan antara kami, hanya sedikit salah faham. Adatlah MMORPG, MVP ada seekor sahaja… Kenalah berebut”

Wak turut berkata dia tidak suka mewujudkan sebarang isu atau bergaduh antara pasukan negara ini.

“Sebenarnya Wak tak suka bergaduh antara pasukan Malaysia sebab dalam ROM ni Thailand dan Filipina mendominasi… kena bersatu baru lah mereka goyang dengan Malaysia,” katanya.