APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Tiada terma mengatakan pemain boleh menempah kawasan ‘grinding’!

ISU perebutan kawasan ‘grinding’ bukan lagi baru dalam permainan video MMORPG.

Menerusi satu posting yang telah dimuatnaik di laman facebook Ragnarok M: Eternal Love SEA (Malaysia Community), ia mendapat perhatian dari netizen.

“Sekadar nak tanya, kenapa makin ramai hater allstar ye? Takkan la guild cap ayam kami buat korang senak? Tanya jer” tulisnya.

Gambar yang dimuatnaik oleh Iwan Jalil turut dipertikaikan kerana paparan skrin perbualan yang dirakan adalah separuh.

Menerusi paparan tersebut, kROs yang merupakan ahli pasukan deArmy menulis,

“No wonder allstart always shit”.

Bagi memperjelaskan isu ini, seorang individu yang mendakwa rakan kepada kROs telah menghubungi APTB.

“Cerita dia seperti ini, kROs tu leveling Anolion, dah makan converter semua then Tomok datang ks”

“Lepas tu Tomok macam menganjinglah, gelak-gelak, lepas tu member aku kROs mengalah sebab malas panjang cerita.”

Tambahnya, kROs terkejut apabila Iwan Jalil memuatnaik status tersebut di facebook.

Ketika menghubungi Tomok, dia mengesahkan bahawa Iwan Jalil adalah rakan pasukannya namun tidak ingin mengulas panjang isu ini.

Menurut beberapa netizen, tiada terma yang mengatakan pemain boleh menempah tempat untuk ‘grinding’.

“Parking kalau cop pun kena saman, takkan dalam game pun nak cop-cop tempat level”-Rep Lesture.

Tambah mereka, pemain harus bijak dalam memilih saluran untuk mereka ‘grinding’.

kROs merupanya pasukan dari saluran EN8 namun berada disaluran EN34 untuk ‘grinding’.

Menerusi entri terbaru dimuatnaik, Hino-emma turut melemparkan kata-kata kesat kepada individu yang mengacau kawasan ‘grinding’ miliknya.