Teruja dengan kostum baharu? Jangan sampai kena ban!

Games Trending

PEMAIN Ragnarok Online Mobile: Eternal Love (ROM) rata-rata menzahirkan rasa teruja dengan kemunculan kostum baharu iaitu Archangel.

Menurut pihak pemaju, mereka turut mengadakan beberapa aktiviti menarik antaranya pemain boleh mendapatkan 10 kali peluang untuk mendapatkan kostum ini.

Mesin Gatcha yang ditempatkan di bandar prontera terus diserbu oleh para pemain yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mencuba nasib.

Bagi menyediakan permainan yang sihat dan seimbang, pihak pemaju juga telah mengeluarkan senarai hitam pemain yang didakwa menggunakan perisian haram.

“Buat masa ini, semua pemain yang menyalahgunakan perisian ketiga untuk kepentingan diri dalam ROM tidak dibenarkan untuk membuat rayuan kerana isu ini adalah serius”

Pihak pemaju juga turut menyeru kepada para pemain untuk melaporkan kepada pihak mereka jika menyedari berlakunya aktviti yang tidak sihat dalam ROM.