APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Siapa sangka pembinaan KLCC amat perit!

DISEBALIK bangunan gah KLCC yang pernah mendapat tahta sebagai bangunan tertinggi di dunia, terdapat perit liku yang harus ditempuhi.

Antaranya adalah :

1- Malaysia tiada kepakaran bina pencakar langit. Perdana menteri minta reka bentuk yang unik dan tiada tempat lain.

2- Ikut kiraan, KLCC hanya mampu disiapkan dalam tempoh 8 tahun. Tapi bajet negara yang ada setakat 6 tahun sahaja.

3- Tapak cadangan KLCC ialah dataran batu kapur yang reput dan rapuh. Mustahil untuk bina menara tinggi.

4- Iklim tropika kat Malaysia iaitu hujan. Simen akan basah dan mustahil untuk bina bangunan besar.

5- Pada tahun 90-an, Malaysia belum maju dalam industri pembuatan keluli. Bagaimana nak bina menara tinggi jika tiada batang keluli. Untuk import dari luar negara menelan kos yang sangat tinggi.

6- Salah satu tingkat KLCC dibina dengan konkrit lembut sebab kontraktor tidak mengikut ikut spesifikasi.

7- Salah satu menara KLCC senget ketika pembinaan mencapai separuh dari bangunan.

8- KLCC tidak boleh memuatkan banyak lif.

9- KLCC berhayun. Dalam kes KLCC, jambatan tengah itu boleh memburukkan keadaan jika dua menara saling menarik antara satu sama lain!