APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Sharul Kamal fikir nak buat sesuatu untuk kekal relevan

PENYANYI Sharul Kamal mendedahkan dia perlu lebih kreatif untuk kekal relevan dalam industri seni tanah air.

Sharul atau nama sebenar Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 22, berasakan dia harus mencari identiti sendiri untuk terus bersaing dengan bakat-bakat baharu.

“Saya kena buat sesuatu yang boleh buatkan orang kenal saya sebagai Sharul Kamal dan bukan orang lain.

“Artis BBNU ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan dan itu sebenarnya good for our industry cumanya kita yang lama ni kena pandai ikut peredaran,” katanya kepada APTB.

Dalam pada itu, Sharul bersyukur video muzik lagu nyanyiannya berjudul Cantik di laman Youtube telah menerima lebih dari 100 ribu tontonan.

Bekas peserta Akademi Fantasia 2015 ini berharap lagu tersebut terus dimainkan di radio dan menerima sokongan pendengar.

“Untuk 2019, saya tak mengharapkan apa-apa, cukup sekadar lagu Cantik ini dapat kekal dalam carta radio.

“Terima kasih buat peminat Sharul, memang respect habis kerana mereka terus menyokong saya sampai sekarang.

“Boss saya iaitu Akim dan Stacy juga banyak membantu dan yakin pada diri saya untuk membawa lagu ciptaan mereka,” ujarnya.