Selalu orang tayang ‘aset’ live di Bigo, gadis ini pula peluk Islam

Trending

SIAPA menyangka gara-gara mengikuti kuliah agama menggunakan aplikasi Bigo, seorang gadis terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

Wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ayu itu mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan Ustaz Badrul Amin secara langsung menerusi aplikasi berkenaan disaksikan 500 pengguna laman tersebut.

“Kami bersyukur kepadamu ya Allah hari ini Engkau buka hati Cikgu Ayu untuk jadi saudara kami dalam agama ya Allah,”

“Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah apa yang berlaku ini amal soleh dari kami ya Allah, dan semua yang berada dalam room Geng Kuliah pada saat ini,” lafaz Ustaz Badrul yang membacakan doa ringkas selepas selesai mengislamkan Cikgu Ayu.

Orang ramai turut menunjukkan rasa terharu sambil meluahkan rasa syukur menyaksikan acara bersejarah pengislaman gadis berusia 21 tahun itu.

Di bawah ini rakaman video saat Cikgu Ayu memeluk Islam. Sila klik untuk menonton.

Ustaz Badrul Amin, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN memilih Bigo sebagai medium menyampaikan dakwah, tazkirah dan motivasi secara santai, kepada orang ramai terutama golongan muda yang menggunakan aplikasi itu.

Beliau mewujudkan gerakan dakwah yang disebut sebagai #GengKuliahOn bagi menggalakkan anak muda menimba ilmu menerusi laman aplikasi video sosial itu.