Sanggup berhabis RM13,000 untuk game daripada ‘layan’ perempuan.

Games Trending

SEORANG lelaki yang hanya ingin dikenali Jad sanggup menghabiskan RM13,000 semata-mata untuk permainan video Ragnarok Mobile Eternal Love.

Menurut Jad, dia meminati permainan video ini sejak ia dilancarkan untuk pengguna komputer kira-kira pada 13 tahun lalu.

“Apabila saya tahu Ragnarok akan dilancarkan di telefon bimbit, saya begitu teruja” kata Jad apabila dihubungi APTB.

Tambah beliau lagi, dia ingin membina satu karakter yang memiliki kekuatan dan sanggup mengeluarkan wang ringgit kerana tidak mahu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kuasa watak tersebut.

Jad yang juga ahli pasukan Allstar tidak kisah dengan kecaman pemain lain.

“Saya tak kisah orang nak cop saya ni anak Sultan ke, anak menteri ke atau apa sahaja, sekurang-kurangnya saya tak habiskan duit untuk perempuan atau benda yang bukan-bukan,” ujarnya.

Sementara itu, Jad berkata, isterinya memberi sokongan dan mengetahui mengenai aktiviti permainan video yang melibatkan duit tersebut.

“Isteri tak kisah, dia tahu saya beli permainan tersebut dan dia menyokong apa sahaja yang saya lakukan. Alhamdullilah tanggungjawab saya terhadap keluarga tak dilupakan,” katanya.

Sejak dilancarkan awal November, Ragnarok Mobile Eternal Love Sea mendapat sambutan yang sangat luar biasa yang boleh diakses oleh pemain dari seluruh Asia Tenggara yang berkongsi dalam satu platform.