Terkejut raih RM27,000 hanya jual satu Winperch Wynvern Kagura

Games

SEORANG pemain dari pasukan AllStar berjaya menjual Winperch Wynvern Kagura dengan harga RM27,000 menerusi Ragnarok Mobile Eternal Love SEA (ROM).

Pemain yang dikenali dengan nama Madam.E berjaya membida aksesori jenis tunggangan dari exchange.

“Saya membida barang tersebut dengan harga 134 juta zeny tetapi tidak collect kerana saya sudah mempunyainya.

“Saya tak sangka ada pemain dari Malaysia ingin membeli barang tersebut dengan harga RM27,000.

“Saya bersyukur kerana selama ini saya banyak berhabis duit untuk bermain ROM dan sekarang dah balik modal.” Ujurnya kepada APTB.

Dalam pada itu, Madam.E tidak mendedahkan maklumat pembeli kerana itu permintaannya.

Madam.E yang sebelum ini menggunakan nama MekWiz pernah tular berikutkan mempunya kad Orc Hero dianggarkan bernilai ribuan ringgit.