APTB!

Apa Pun Tak Boleh

RM239,000 hanya untuk kuda dalam game, hantaran saya baru RM40,000 – Queen1

RAGNAROK Online Mobile Eternal Love edisi SEA kali ini menyaksikan kejayaan MambaaElChap membida Key Of Heaven (KOH) dengan harga RM239,000.

Mambaa yang juga ahli pasukan VoltZ dilihat tanpa takut membida KOH dengan peningkatkan 1000 Big Cat Coin.

Individu yang dipercayai berasal dari Indonesia itu bernaung di bawah saluran ID1 seperti hilang akal kerana harga yang dibida itu dikatakan agak melampau. 

“Nilai RM239,000 itu boleh beli rumah sebiji, aku memang tak mampu nak beat dorang” kata Jad yang sebelum ini pernah tular kerana menghabiskan RM13,000 untuk permainan ini.

Key Of Heaven merupakan seekor kuda bersayap yang dicipta untuk para pemain mengayakan dalam ROM.

“Saya lebih rela guna duit tu untuk kahwin. Kalau orang nak kahwin dengan saya, hantaran baru RM40,000… selebihnya duit itu boleh jamin masa depan saya”. Ujur Queen1 yang merupakan permain perempuan untuk ROM di saluran EN34.