APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Remaja hampir hilang ingatan, mula main Ragnarok Mobile dan akhirnya…

SEORANG lelaki yang dikenali PecoPeco menggemparkan dunia permainan maya apabila dikejarkan ke hospital dan disahkan oleh doktor menghidap penyakit Encephalitis.

Menceritakan detik kejadian, PecoPeco yang merupakan Lord Knight memberitahu dia tertekan apabila di maklumkan menghidap penyakit tersebut.

“Apabila suhu badan mencecah 40 darjah celsius, doktor kata saya menghidap penyakit berbahaya itu. 

“Ia buatkan saya tertekan sebab doktor beritahu saya mungkin boleh hilang ingatan. 

“Namun mujurlah ada ROM yang membantu saya lupa kesakitan ini dan menghilangkan tekanan saya,” katanya kepada APTB.

Encephalitis merupakan penyakit keradangan otak akibat jangkitan virus yang boleh menyebabkan kesan serius sehingga membawa maut.

 

Sementara itu, remaja berusia 23 tahun ini berkata dia terpaksa mengambil antibiotik dua kali sehari dan antiviral dos tinggi tiga kali sehari.

“Selain makan ubat, saya juga bersyukur ada game ni, kalau tak… pasti saya tertekan dan boleh buatkan saya hilang ingatan terus,” ujarnya.

Sementara itu, keluarganya turut menyokong dia menggunakan permainan ini sebagai ‘ubat’ menghilangkan tekanan.

Malah, ibunya sanggup memberikan telefon kedua khas untuk dia bermain Ragnarok Mobile.

“Alhamdullilah… keluarga, kawan-kawan memberi sokongan kepada saya dan harap semua terus mendoakan kesihatan saya,” katanya.