Rare betul… NCIG dah keluarkan warna merah, edisi terhad tau!

Trending

ROKOK elektronik atau e-cig jenama NCIG yang cukup terkenal di Malaysia mengumumkan bakal tampil dengan warna baharu untuk peranti mereka.

Menurut CEO Nasty Worldwide iaitu Shariffuddin Bujang atau lebih dikenali Pak Din, edisi khas warna merah itu diharap memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna

“Peranti dengan teknologi bagi perokok di Malaysia hadir dengan warna edisi khas iaitu merah.

“Idea ini hadir apabila ada bakal pengguna yang menyuarakan untuk pihak kami mempelbagaikan warna NCIG supaya lebih menarik,” katanya kepada APTB.

Bagi yang berminat, NCIG edisi terhad ini boleh didapati melalui pre-order (pra-tempahan) melalui KLIK LINK INI.

Setiap peranti ditawarkan dengan harga RM150 untuk pek permulaan dan percuma NHolder.

Sebelum itu, Nasty Worldwide telah melancarkan produk terbarunya iaitu NCIG di majlis pelancaran NSummit bertempat di Kuala Lumpur Performance Arts Centre, Sentul Kuala Lumpur.

Memandangkan ciri dan spesifikasi produk ini yang sangat unik dan mudah untuk digunakan berpotensi mempengaruhi masyarakat menjadikan ia sebagai alternatif untuk berhenti merokok.

Terdahulu, menerusi kajian dan statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang rokok pada 1998.

Inovasi peranti ini diharap mampu menyedarkan orang ramai mengenai bahaya merokok dan kesannya kepada individu yang menyedut asap rokok.

Justeru itu, Nasty Worldwide melancarkan kempen seperti ‘Quit Smoking, In Style’ dan berharap dapat membantu mengurangkan ketagihan dan berhenti merokok.

Bagi perokok yang memiliki impian untuk bebas dari ketagihan merokok atau buat mereka yang mahukan insan tersayang terhindar jauh dari tabiat merokok ni, inilah masanya untuk menjadi pengguna dan memiliki NCIG yang berada di pasaran sekarang.