Malam ini kita punya! Poring Fight bakal gegar permain ROM, ini caranya…

Games Trending

TEPAT jam 9 malam waktu Malaysia (+8GMT) setiap Rabu akan berlangsungnya acara Poring Fight yang boleh disertai oleh semua pemain Ragnarok M: Eternal Love pelayan Asia Tenggara.

Bagi korang yang masih belum tahu apa itu Poring Fight, APTB akan sediakan sedikit info.

Poring Fight adalah acara dimana pemain berubah menjadi Poring akan bertempur antara satu sama lain di arena khas.

Acara mingguan ini akan berlangsung pada setiap malam Rabu.

Objektif permainan: Mendapatkan sebanyak mungkin epal emas.

Korang boleh menanduk Poring yang lain dan mereka akan menggugurkan epal emas dan korang kena mengutip epal tersebut.

Pada masa yang sama, korang juga harus melindungi diri dan mengelakkan diri daripada ditanduk oleh pemain lain!

Kotak hadiah juga akan muncul dalam permainan. Jika korang mendapatkannya, korang akan diberikan kemahiran tambahan.

Beberapa moster juga akan muncul di arena. Bunuh moster itu akan berikan korang skill tambahan.

Tapi ingat! jika anda dipukul oleh moster itu, epal milik anda akan jatuh bertaburan.

Jika korang kehilangan semua epal emas, korang akan menjadi Ghostring, tetapi korang boleh hidup semula selepas mengumpul dua epal.

Dimanakah Poring Island?

Ia terletak di portal kanan Sograt Desert. Sila rujuk gambar dibawah.

Hadiah Poring Fight

Apabila pertandingan berakhir, senarai nombor pemain akan disiarkan berdasarkan jumlah epal emas yang telah dikumpul.

Tiga pemain teratas akan mendapat point yang digelar Poring Favor.

Top 1 – 240 Poring’s Favor
Top 2 – 120 Poring’s Favor
Top 3 – 60 Poring’s Favor

Korang boleh menggunakan point ini untuk membeli barangan dari Poring shop! sila rujuk kepada gambar dibawah.

Selain itu, semua peserta akan menerima 10,000 zeny, 3 x EXP potion dan 15 Guardian Medal untuk kali pertama menyertai Poring Fight. (Hanya sekali untuk satu ID)

Sumber : ragnamobileguide.com