Kisah Pramugari Berkebaya Merah Di Basement Parking

Seram

Kisah aku sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan tanah air.

Kerja aku kadang – kadang membuatkan aku pulang sehingga lewat malam. Walaupun syarikat penerbangan tempat ku bertugas menyediakan pengangkutan, tapi aku lebih senang untuk memandu sendiri ke KLIA kerana jarak rumahku hanya 15 minit dari KLIA.

Sudah 2 tahun aku bertugas sebagai pramugari. Pelbagai cerita seram pernah aku dengar mengenai KLIA. Khabarnya tapak KLIA adalah tempat orang asli. Sehingga kini masih Ada penempatan orang asli dikelolakan oleh JHEOA di sekitar sepang.

Kisah bermula pada pagi itu aku kena call up untuk flight destinasi singkat. Mungkin ada crew yg MC jadi pramugari/pramugara yang standby akan dipanggil untuk mengantikan tempat crew tersebut.

Tugas Hari tu aku laksanakan seperti biasa. Maklumlah cuma penerbangan dalam negeri yang tidak memerlukan aku untuk night stop di mana-mana.

Tugas aku berakhir agak lewat malam… Aku datang bertugas dengan memandu sendiri ke KLIA dan pagi tadi lot parking agak penuh. Terpaksalah aku parking di bahagian agak jauh dari kebiasaan iaitu di basement.

Saga aku parking di basement letak kereta di bangunan bertentangan dengan KLIA iaitu bangunan MTB.

Aku tiada pilihan dan terpaksa meletakkan kereta di tempat yang agak lengang. Cuma ada beberapa buah kereta disitu.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku melangkah malas kepenatan menuju ke kereta dengan menarik bag troliku. Malam itu menyengat sejuk dengan penghawa dingin menusuk hingga ke tulang sum-sum. Aku melangkah longlai dan menekan lif ke basement.

Tatkala pintu lift basement terbuka aku memandang ke arah kereta… jauh… dan hanya tinggal beberapa sisa kereta di basement itu. Ada lampu basement berkelip mati dan tutup seperti lampu diskotik.

Aku menarik bag dan cuma terdengar bunyi detak kasut dan troliku memecah hening basement itu. Tatkala beberapa langkah menuju kereta, aku dengar bunyi Tak Tak Tak sepatu tumit tinggi. Ya! Ada org di belakangku.

Aku menoleh, dan tiada apa yang kelhatan. Aku berjalan lagi, Tak Tak tak… bunyi sama. Aku mempercepatkan langkahku agar segera sampai ke kereta. Jaraknya kurang lebih 50meter.Ya Allah dugaan apa ini…bunyi sepatu tumit tinggi ku dan bunyi sepatu tumit tinggi yang mengekori ku kedengaran sama. Apakah aku salah dengar atau sedang berilusi atas sebab kepenatan.

Aku berhenti, menoleh tapi tiada siapa.Tiba-tiba ekor mata aku pantas melihat bayang hitam melintas. Ketika itu aku seperti diperhatikan oleh seseorang.

Mulutku mula melantun ayat kursi. Seperti ada hilaian ketawa sayup kedengaran. Aku seperti terpaku seketika… Apakah ini ya Allah?. Aku segera mempercepatkan langkahku.Tas tangan dibuka mencari kunci. Ah..bimbang dan celaru mula menguasai diri.

Bahuku rasa ditepuk,aku tak mengendahkannya. aku kumpulan segala sisa kekuatan yang ada. Aku buka kereta dan campak beg troli di samping tempat duduk penumpang di sebelahku. Aku mengambil nafas seketika.

Aku membuka dashboard mengeluarkan cd ayat Al quran. Tenang seketika… aku Mula memanaskan enjin kereta Dan ingin segera meluru keluar Dari basement itu… tatkala kelisaku meluncur membelok ke arah luar basement, kulihat ada satu susuk tubuh lengkap berpakaian seragam pramugari merah zaman dahulu berdiri di satu sudut. Aku bertahan dan menenangkan diriku agar semuanya terkawal.

Tiba-tiba susuk itu melayang menerpa ke arah sisi keretaku. Wajahnya mengerikan dan ia merenungku tajam.

Aku betul-betul tak terdaya lagi dan cuma memandang ke depan… alhamdulillah gangguan itu terhenti di situ. Aku memandu ke arah tempat yang agak ramai kelompok pemandu teksi di aras bawah bangunan KLIA.

Berhenti seketika, aku kira bila ada sekumpulan pemandu teksi di situ membuatku lega.Namun mata aku masih lagi memandang ke arah pokok yang merimbun di tepi bangunan parking itu. Terkejut aku apabila susuk tadi masih berada di situ. Apakah yang harus ku lakukan? ku capai handphone Nokia butterfly ku dan segera mendail nombor kawan.

Dia menjawab bagai orang yang baru bangun dari lena. Aku menyuruh dia segera ke KLIA .Waktu itu aku belum lagi berani membuka pintu keretaku walaupun ada pemandu teksi di depan sedang berborak dan merokok.

Aku penat ya Allah. Aku memandang lagi ke rimbunan pokok tadi. Ia hilang dan ku mengucap syukur. Apakah ilusiku atau kebenaran? Ia betul-betul nyata hadir tadi.

Setengah jam kemudian telefon ku berbunyi dan ku lihat kereta kawan aku di belakang.

Malam itu kereta aku dipandu pulang oleh adiknya dan aku dihantar pulang oleh kawan.

Tiba di diperkarangan rumah, kawan bertanya.Aku cuma menjawab penat dan tak untuk memandu pulang.

Aku masuk ke rumah yang aku cuma tinggal sendirian.

Rasa lega sedikit bila berada di dalam rumah. Aku fikirkan kejadian seram tadi berakhir begitu saja.

Ketika aku mandi membersihkan diri, lampu bilik air dimatikan dan dihidupkan seseorang dari luar..ya Allah.apakah dugaanMu Kali ini.

Aku segera membersih sisa buih di tubuh segera capai tuala. Aku membuka Laci Dan memainkan CD ayat Quran. Gema ayat Quran menyelinap ke ruang kamar.

Tiba-tiba grill jendela di bahagian boleh dibuka yang di solex seperti digegar seseorang dengan kuat.

Ia ditambah lagi dengan hilaian dan tawa , membuatku semakin takut… tubuh aku yang masih basah dibalut dengan toto dan aku berkelubung.

Semakin deras grill itu di gegar dan hilaian tawa itu bergema diluar… berlawanan dengan pantulan ayat suci Al-Quran yg aku putarkan. Aku cuma mampu memejam mata dan merasakan malam itu begitu panjang… Wajah di basement parking tadi Kembali muncul dalam benakku.

Lembaga itu lengkap berseragam pramugari merah seperti seragam orang dulu-dulu. Matanya menjengil dan lidahnya sedikit terkeluar. Hanya itu mampu ku gambarkan.

Tiba-tiba sayup kejauhan kedengaran azan, tubuh aku masih basah. Aku buka selimutku perlahan. Untuk pengetahuan pembaca, tatkala aku diganggu aku sedang datang haid. Mungkin juga ini jadi penyebab aku diekori oleh makhluk itu.