APTB!

Apa Pun Tak Boleh

“Kami tiada masalah dengan Wakanda, ketua Code.55 beri penjelasan!

“INI hanya salah faham, saya tidak ada masalah dengan mereka”, Ini kata-kata yang keluar dari mulut ketua pasukan Code.55 yang dikenali sebagai LadaHitam.

Dua pasukan ini merupakan pasukan dibawah saluran EN9.

Kisah pergaduhan mereka tular melalui group WhatApps dikatakan berpunca dari salah faham antara dua pasukan ini.

“Apa yang saya tahu, perkara ini berpunca dari seorang individu ini. Dia yang menjaja cerita yang tak betul. Disebabkan dia seorang, rosak nama kami” ujurnya kepada APTB.

Sementara itu, beliau turut meminta untuk pemain lain tidak lagi mengulas hal ini. 

“Biarlah perkara ini berlalu, benda dah lepas… kita tidak perlu besar-besarkan lagi, mungkin selepas ini saya perlu berhati-hati apabila mengambil ahli baru”

LadaHitam yang mengunakan Assassin Cross turut mengesahkan bahawa individu tersebut merupakan ahli kumpulan Code.55 sebelum disingkirkan atas persetujuan ahli lain.

“Kami harap, pemain lain tidak begitu cepat melatah apabila timbul sesuatu isu, jika ada yang tidak puas hati, boleh terus message saya”

Berkata kepada APTB, pasukan Code.55 kini berpindah saluran lain disebabkan oleh Blackscreen.