Jangan ingat gadis ayu macam saya tak boleh main game!

Games Trending

“JANGAN ingat gadis ayu macam saya tak boleh main game!”, itu antara ungkapan dari Eriq Sawajiri yang merupakan seorang pemain Ragnarok Mobile: Eternal Love (ROM) edisi Asia Tenggara.

Menurut gadis yang berasal dari negeri pantai timur ini, dia begitu teruja apabila ROM dilancarkan untuk pemain Malaysia.

“Saya excited gila apabila ROM boleh start main, yelah… kita boleh dapat kenalan ramai… bukan dari Malaysia sahaja, tapi pelbagai negara. Yang penting boleh cari boyfriend!” Katanya sambil berseloroh.

“Selalunya orang ingat lelaki saja boleh main game kan? Sebenarnya Eriq ramai kawan perempuan dalam Ragnarok ni… tapi kebanyakkan dorang suka diam-diam jer” Ujurnya.

Apabila ditanya mengenai golongan perempuan sering dibuli di dalam permainan video, Eriq tegas berkata.

“Kalau zaman 10 tahun lepas ya, memang perempuan macam Eriq selalu kena buli… tapi zaman 2019 ini, silap-silap… lelaki yang kena buli”.

Tambah Eriq, “perempuan sekarang sudah mahir dalam permainan video. Kalau dalam ROM ni… ramai perempuan jadi ketua pasukan”

Eriq yang menggunakan nama Sagirmiyami dalam ROM adalah salah seorang daripada pasukan Code55.