Hilangnya sebutir bintang, Wakjilat di Ban 10 tahun kerana Addon

Games

KECOH pada Khamis apabila pihak pemaju Ragnarok Mobile Eternal Love edisi SEA (ROM) telah mengeluarkan senarai hitam nama pemain yang menggunakan aplikasi ke-3.

Antara nama panas yang berada dalam senarai adalah Wakjilat yang merupakan ketua bagi pasukan Wakanda.

Melalui perbualan Wak di aplikasi WhatApps, Wak mengesahkan namanya berada dalam senarai hitam yang memperuntukkan 10 tahun sekatan.

“Sebelum aku install addon tu pun, mindset aku memang nak bagi ban permanent supaya aku mudah quit.

“Aku saja pakai addon tu sebab nak quit. Aku nak fokus kahwin, sibuk cari duit.

“Nasihat aku terakhir, jangan main ROM ini lama-lama. Dia punya makan duit tak macam game-game lain.” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kesal apabila terdapat beberapa pemain Malaysia terlibat dalam aktiviti ini.

Pada masa yang sama, mereka turut meluahkan rasa sedih kehilangan pemain yang mempunyai potensi dan berbakat besar dalam ROM