Gila! RM735,000 untuk baju dalam game, siapakah ElChap?

Games Trending

DUNIA permainan video dikejutkan dengan bidaan tertinggi berjumlah RM735,315 di Ragnarok Online Mobile Eternal Love edisi SEA.

ElChap berjaya membida Unit-01 yang merupakan pakaian khas yang telah dilelong oleh pemaju dengan 490,620 Big Cat Coins.

Rata-rata pengikut serta pemain permainan ini masih tidak mempercayai dia sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk baju di dalam game.

ElChap yang merupakan ahli pasukan VoltZ dipercayai individu yang sama yang pernah membida Key Of Heaven dengan nilai RM239,000.

Jika dihitung jumlah harga kedua-dua barangan tersebut mencecah RM1 Juta.

Netizen turut mengelarnya ‘Sultan ROM’ kerana sanggup berhabis sehingga 1 juta ringgit semata-masa untuk permainan video.

Namun, identiti sebenar ElChap masih lagi menjadi tanda tanya tetapi dia dipercayai individu yang berasal dari indonesia.