APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Gambar ‘rare’ dijual RM500,000… tapi jurugambar dakwa foto diedit!

BARU-BARU ini gambar pertama sidang media kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu dilelong pada harga RM500,000.

Sebanyak enam keping gambar pemimpin PH berjaya dilelong dengan jumlah RM1.22 juta pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini Ahad malam.

Namun apa yang mengejutkan apabila APTB terbaca satu posting di laman Facebook luahan seorang jurugambar tentang foto itu.

“500k?….dah lah orang belakang kene buang… sedih tgk pic news “bersejarah” cmni senang2 dirosakkan… kesian tgk kawan2 yg bergasak sesama sendiri untuk sekeping pic..hasilnya nilai karya jadi kosong..

“klau btul ini bukan larh gambar yg sepadan dgn yang dilampirkan..aku akan delete post aku ni… kepada tuan pemunya gambar…mohon tabah..aku pham ko bro..” tulis pengguna laman tersebut.

Status ini dimuatnaik oleh Palie Larh dipercayai merupakan seorang jurugambar dari BERNAMA.

Menurut entri tersebut, dikatakan gambar tersebut telah disunting daripada foto asli dan memperlihatkan kepala salah seorang yang berada di dalam gambar itu hilang.

Namun menurut sumber, gambar itu dikatakan milik BERNAMA dan telah dijual kepada pihak tertentu sebelum di lelong.

Bagaimanapun, pemilik akaun tersebut telah memadam posting tersebut.