Gambar bogel pulak… cepat betul membawang! – Nora Danish

Hiburan

PELAKON Nora Danish terkejut apabila tidak semena-mena namanya dikaitkan dengan penyebaran foto bogel di laman sosial.

Nora, 36, turut berasa hairan mengapa netizen terlalu pantas menyebarkan sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Sekarang apa? Gambar naked (bogel) pula… Macam mana orang sekarang cepat betul membawang sesuatu yang tak pasti atau tak betul,” tulisnya.

Pelakon sitkom Puteri ini menulis luahan tersebut di Insta story miliknya pada Rabu.

Sebelum ini, melalui ruangan gosip sebuah portal hiburan ada menulis mengenai penyebaran foto yang dimuat naik Nora di Instagram.

Gambar tersebut memperlihatkan refleksi pada cermin seakan-akan aktres cantik ini seperti tidak berpakaian.

Dalam pada itu, Nora turut berharap anak-anaknya tabah berdepan sikap sesetengah individu yang suka mengaibkan orang lain.

“Kasihan anak-anak saya, harap mereka kuat untuk berdepan pihak yang suka menjatuhkan dan mengaibkan orang,” katanya.

Sumber : mStar Online