APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Gadis High Priest kesal disuruh buktikan mampu bunuh Spashire jika ingin sertai ET.

SEORANG gadis meluahkan rasa kesal apabila diberi tugasan yang tidak masuk akal jika ingin menyertai pasukannya (guild) ke Endless Tower.

Tugasan tersebut adalah dengan membuktikan mampu untuk membunuh Spashire.

Namun, gadis tersebut tidak mampu melakukannya kerana beliau hanya High Priest.

“Saya minta tolong ET tapi terkejut sebab guildmate minta saya kill Spashire… saya High Priest… tak tahu nak kill macam mana.” Ujurnya kepada APTB.

Gadis tersebut yang ingin identiti dirahsiakan turut terkilan apabila ada ahli pasukannya sanggup mengambil servis ET.

 

“Kesian apabila ada guildmate kena ambil servis ET sebab tak ada siapa nak tolong, lagi-lagi job Assassin Cross”.

“Kalau saya perempuan senang lagi nak minta tolong… kalau lelaki? Kalau bukan guildmate sendiri tolong… siapa lagi?”

Dalam pada itu, dia masih lagi setia dengan pasukannya kerana ia pasukan pertama yang disertai sejak Ragnarok Mobile SEA dilancarkan.

Namun, gadis tersebut tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada Kesatuan Pasukan Malaysia (MY Alliance Guild) jika dia masih diberi misi yang tidak masuk akal.