Gabungan pasukan terkuat akan serang pasukan yang memiliki pemain ‘toxic

Games

ISU perbalahan antara pasukan bukan lagi isu baru dikalangan pemain-pemain Malaysia.

Bagi membasmi isu ini, satu mesyuarat khas telah diadakan untuk membentuk organisasi bagi menangani kes-kes berkaitan.

Gabungan antara pasukan-pasukan terkuat ini akan menyerang pasukan yang memiliki pemain berstatus ‘toxic’ bagi memberi kesedaran kepada pasukan yang menjadi sasaran.

“Kami tidak akan membiarkan pemain bermasalah ini terus menjadi punca kepada perbalahan antara beberapa pasukan.

“Secara kasarnya kami telah senaraikan beberapa pasukan dan kami sudah mula gerakan untuk mencari di saluran pasukan mereka,” Ujurnya kepada APTB.

Dalam pada itu, organisasi akan terus menjadi rahsia kepada umum berikutan terdapat ahli pasukan yang akan menyerang pasukan sendiri.

“Saya tidak akan memberi muka kepada ‘player toxic’ walaupun pasukan sendiri.

“Kalau salah tetap salah… kita patut beri pengajaran sehingga dia berhenti bermain ROM,” katanya yang enggan mendedahkan identiti sebenar.