“Dulu kami nikah kat pejabat kadi jer!” – Ibu muda teringin adakan majlis kahwin dalam ROM

Games Trending

WALAUPUN sudah bergelar ibu dan isteri, ia tidak membataskan minat seorang wanita untuk turut bermain permainan video Ragnarok Online Mobile: Eternal Love.

Ibu muda yang dikenali sebagai Nur Shuhada Musa berkata, dia mula bermain Ragnarok Online menggunakan komputer ketika diawal kemunculan permainan ini dahulu.

“Dulu pernah main RO yang kena bayar tu, tapi tak sempat sampai end game… bila adik saya tunjuk kat handphone ada Ragnarok terus saya main.

“Sekurang-kurangnya dengan bermain semula permainan ini dapatlah saya lepaskan rindu nak ketuk poring kat Prontera”, ujarnya kepada APTB.

Dalam pada itu, Shuhada memberitahu suaminya juga merupakan salah seorang permain ROM dan mereka bersama-sama mengharungi misi di dalam aplikasi permainan maya itu.

Walaupun obses terhadap ROM, ibu kepada sepasang cahaya mata kembar ini tetap mengutamakan keperluan keluarga berbanding permainan video.

“Mujurlah suami turut menyokong minat saya. Apa yang penting jangan pernah abaikan tanggungjawab seorang isteri dan ibu.

“Saya menjalani kehidupan macam ibu-ibu lain juga, cuma minat saya dalam game… malah ramai kawan saya kaki game, tapi mereka main PUBG lah, katanya ROM tak best…

“Tapi bagi saya, PUBG susah tak boleh AFK… kang tengah-tengah dalam game, anak menangis… mesti kena utamakan anak dulu kan?,” katanya.

Sementara itu, Shuhada berkata dia tidak sabar menanti episod baharu yang bakal dilancarkan dalam permainan tersebut tidak lama lagi.

“Tak sabar nak tunggu episod ROM yang boleh kahwin tu, yelah… masa kami bernikah dulu tak buat majlis, cuma nikah kat pejabat kadi jer… dapat merasa majlis sanding dalam Ragnarok pun jadilah,” katanya.

Shuhada aktif sebagai sniper merupakan anggota pasukan A~Team.