APTB!

Apa Pun Tak Boleh

Dua wakil Malaysia untuk PUBG SEA 2019

KEJOHANAN PUBG SEA 2019 akan berlangsung dalam tiga musim bermula dengan Kejohanan SEA Musim 1 pada bulan Mac, diikuti dengan Musim 2 pada bulan Jun dan Musim 3 pada bulan Oktober. 

Setiap musim akan melibatkan 16 pasukan PUBG profesional dari seluruh rantau SEA untuk bertarung bagi merebut hadiah terkumpul bernilai US$50,000 serta tiket-tiket untuk menyertai acara-acara PUBG global.

Pasukan-pasukan berprestasi terbaik dalam Musim 1 dan 2 daripada Kejohanan SEA akan berpeluang bersaing dalam acara-acara global yang dianjurkan oleh pihak ketiga, diikuti oleh All-Star Games global.

Kejohanan SEA Musim 1 akan memulakan e-sukan PUBG tahun ini di rantau SEA pada 16 dan 17 Mac.

Lima kedudukan diberikan kepada pasukan yang menunjukkan prestasi yang baik dalam acara-acara SEA dan peringkat global tahun lalu

Tiga pasukan terbaik daripada kejohanan selama dua hari itu akan diberi kedudukan untuk bersaing dengan 21 pasukan profesional global yang lain di FACEIT Global Summit: PUBG Classic.

PUBG Klasik pertama itu akan berlangsung di London pada 16 April 2019 dengan hadiah terkumpul bernilai US$400,000.

Dua pasukan undangan dari Malaysia adalah Geek Fam dan Battle Arena Elites.