“Dosa pahala antara saya dengan tuhan!” – Emma Maembong akhirnya buka tudung!

Hiburan

SETELAH tular foto tidak bertudung, akhirnya pelakon Emma Maembong mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu.

Menerusi temubual eksklusif bersama BH Online, Emma berkata keputusan dan tindakan dilakukannya itu bukanlah contoh yang baik dan tiada kaitan dengan kontroversi melanda dirinya, baru-baru ini.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, imannya masih belum kukuh dan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu rela ditanggung sendiri.

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Sementara itu, Emma turut berasa kecewa dengan kecaman dan kritikan yang diterima daripada netizen.

Malah, dia mengakui dirinya masih belum sempurna dan sedang muhasabah dab memperbetulkan kesilapan.

“Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.

“Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama.

“Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” katanya.

SUMBER: Berita Harian