Bila ‘si penjaga artis’ lebih sudu dari kuah

Gosip

Hello… Selamat datang ke ruangan gosip Gheena. Baru minggu pertama pelancaran APTB, Gheena dah dengar cerita kurang enak seorang selebriti ni, eh… bukanlah selebriti tu sebenarnya tapi lebih kepada orang belakang tabir yang menguruskan si artis ini.

Sumber rapat Gheena beritahu tentang sikap tak profesional si tukang urus ni yang dikatakan lebih sudu dari kuah.

Biasalah kalau artis dan wartawan ada krisis atau masalah peribadi sikit-sikit, iyalah zaman sekarang ni kan artis lain macam peel, kalau tak suka berita yang ditulis wartawan tu apa lagi menjuihlah bibir tu, mahunya yang indah belaka.

Alkisahnya begitulah juga yang terjadi dengan kawan Gheena ni, seorang reporter yang cantik lagi menghairahkan.

Disebabkan krisis dalaman itu, ‘si penjaga artis’ ini turut sama bersikap tak profesional dalam hal yang lain juga.

Bila dah hujung-hujung tahun ni, mulalah mereka ‘menjalinkan’ hubungan rapat dengan para reporter memberi gift-gift istimewa tapi tidak pula diberi pada kawan Gheena seorang tu.

Katanya kawan Gheena ni, dia tak hadap pun benda-benda pemberian macam tu sebab tak penting pun. Eleh, paham sangat… cuba kalau bagi duit memang terbuntanglah mata kan? Takat buku dengan sebatang pen memang la tak pandang. Hehe.. ok Gheena gurau jah.

Yang buat si cantik ni naik angin bila ‘si penjaga artis’ ni meluahkan kata-kata menyakitkan hati yang disampaikan oleh rakan sekerja wartawan itu.

“Untuk dia memang tak adalah (gift)!,” kata si penjaga berangan itu sambil menghulurkan beberapa gift sangkak tersebut.

Like hello… wartawan cantik tu kata dia tak hadap la benda tu cuma dimana profesional bila bercakap dan apa niat keluarkan ayat tu pada kawan sekerjanya itu? Nak menyakitkan hati ke?

Entahlah… Gheena pun tak tahu nak cakap macam mana! Tapi secara peribadi memang tak patut si penjaga artis tu pun buat perangai sama.

Yela, kau pun tak tahu sampai bila khidmat kau masih diperlukan oleh artis itu, jangan esok lusa dah kena dushhh dengan selebriti itu atau dah diambang kesenduan baru nak terkial mengesot cari wartawan suruh promote.

Apa-apa pun industri ni kecil, tak usah lah nak bongkak sangat ye tak? Pusing-pusing pun jumpa balik, lainlah kau nak pindah Zimbabwe bila pencen nanti. Hiksss…

Gheena: Letih layan ragam artis baru berangannnn…