Bangang… jangan sebab main ‘game’ terus ‘reject call’ – Lelaki bengang layanan member

Trending

TIDAK mahu diganggu ketika sedang bermain permainan video, rata-rata pemain atas talian lebih selesa memilih mematikan panggilan yang diterima.

Bagi mereka, panggilan tersebut merupakan satu gangguan yang akan menyebabkan permainan yang sedang berlangsung tergendala.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jebat Hercules meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang sahabatnya yang mematikan panggilan telefon ketika dia sedang dalam kesusahan.

“Bodoh jangan sebab main game terus nak reject call kawan-kawan… member eksiden bangang” tulisnya di facebook.

Jebat turut meluahkan rasa kesal terhadap sahabatnya yang mementingkan permainan video berbanding panggilan yang diterima.

“Sial ni game punya hal, kalau sekali call mungkin kau boleh anggap main-main, tapi kalau banyak kali kau tetap reject… aku salah ker atau kau yang fikir aku menganggu”

Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi di facebook. Ada yang menyokong dan ada para pemain permainan video membantah.