Azhan Rani minta gugurkan pencalonan kalau soal rupa lagi utama

Hiburan

PELAKON Azhan Rani tidak teragak-agak untuk menggugurkan percalonannya di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2019) jika soal rupa masih menjadi taruhan dalam kalangan penggiat seni.

Menerusi posting di instagram miliknya, Azhan Rani meluahkan tentang isu mengenai pencarian wajah DFKL yang lebih mengutamakan paras rupa.

Azhan yang merupakan pelakon drama popular Nur menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penerbit adalah tidak wajar kerana boleh menguris hati sesetengah pihak.

“Kenyataan itu pada aku terlalu kejam buat mereka yang benar-benar punya bakat.

“Kemana pula yang tak punya rupa tu nak humbankan bakat dia tu. Apakah benar penonton perlukan rupa semata-mata dan sanggup hadam lakonan semborono wajah-wajah berupa tu, hakikatnya masih ada yang dahagakan kualiti,” tulisnya.

Pelakon berusia 43 tahun ini antara calon Anugerah DFKL 2019 bagi kategori watak antagonis menerusi drama Nur.

Dalam pada itu, Azhan berpendapat jika program ini mencari wajah yang tampan dan cantik, adalah lebih baik anugerah itu ditukar dengan nama lain.

“Ini sekadar pendapat aku.. semut kecil dalam industri yang kalaulah boleh dipanggil industri ini.. mungkin lagi baik jika perlukan wajah elok jangan namakan DFKL.. buatlah macam pentas hero/dewi remaja.

“Jika rupa taruhannya.. sedarlah aku.. mohon gugurkan saja aku dari senarai ni dan carilah wajah yang lebih sesuai di situ,” ujarnya.