APTB!

Apa Pun Tak Boleh

‘Awek’ misteri bagi hadiah kek Ragnarok, tak sangka rupanya dari wanita dikenali

MENJELANG hari lahir, elemen kejutan memang tidak boleh dipisahkan.

Bagi Hasbul, kejutan yang diberikan oleh isterinya memang pelik dan akan diingati sampai bila-bila.

Lelaki yang menyambut hari kelahiran ke-29 tidak menyangka hadiah kek yang diterima ini adalah hasil air tangan isterinya.

“Masa tu saya tengah kerja kat bangsar.. tiba-tiba ada seorang perempuan cari… Perempuan itu beri saya hadiah… bila buka, terkejut sebab hadiah tu sebiji kek berbentuk laptop siap ada screen Ragnarok Mobile”

Dia turut memberitahu, perangai isterinya agak pelik menjelang hari kelahirannya.

“Setiap tahun wife yang excited lebih bila dekat hari jadi saya… tapi tahun dia macam buat tak kisah”

Menceritakan detik kejadian, dia ada melihat isterinya sedang membuat sebiji kek berwarna hitam, namun isterinya menegaskan itu adalah tempahan untuk pelanggan.

“Sampai sekarang saya rasa teruja dengan hadiah ini… yelah, saya memang main Ragnarok sejak 2002 lagi… masa tu saya sekolah menengah, kira peminat tegar lah” ujurnya kepada APTB.

Lelaki kepada seorang cahaya mata ini adalah peminat setia Ragnarok dan mempunya pengalaman dalam Ragnarok Mobile edisi China sebelum fokus kepada edisi Asia Tenggara.