Aryan Naim sahut cabaran ibu, mahu bangkit selepas ditipu

Hiburan Personaliti

PESERTA Mr Planet Nation Malaysia 2019, Aryan Naim berkata pembabitannya dalam program pencarian bakat baharu ini adalah demi menyahut cabaran ibunya yang mahu dia menjadi seorang anak seni berjaya dalam masa lima tahun.

Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Zamri, 22, berkata ibunya Noraishah Mohd Nor mahu dia membuktikan kemampuan diri dan jika gagal dalam tempoh tersebut dia perlu pulang ke kampung di Seremban, Negeri Seremban.

“Ibu letak masa lima tahun untuk buktikan dan jika saya tak berjaya dalam bidang seni ini dia minta saya balik semula ke kampung.

“Sebab itu saya masuk pertandingan MPM2019 dan mahu mencapai impian ini secepat mungkin. Walaupun agak susah untuk berjaya daam masa singkat, namun InsyaAllah saya akan cuba sebaiknya,” katanya kepada APTB.

Sementara itu, Aryan berkata dia mahu bangkit daripada sejarah hitam ditipu seorang pengarah tahun lalu.

“Sebelum ini saya pernah ditipu seorang pengarah yang meminta lebih RM10,000 untuk satu projek filem.

“Sudahnya duit saya kemana, janji projek lakonan pun tak ada. Sehingga hari ini saya masih menanti duit saya itu, tapi masih belum dipulangkan.

“Kecewa dan sangat sedih, mungkin ini ujian dan dugaan sebelum bergelar anak seni. Kejadian hitan itu jadi pengalaman dan akan berhati-hati selepas ini,” ujarnya.

5 Perkara yang Aryan suka lakukan di masa lapang.

– Suka menyanyi terutamanya lagu rancak terutamanya dari Indonesia.

– Suka membuat kajian mengenai manusia, stalk orang di Instagram.

– Saya suka memasak, apa sahaja hidangan tapi dengan syarat kena tengok resipi.

– Melancong.

– Berkenalan dan bertemu orang baharu. Selalu berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

5 ciri-ciri gadis pilihan.

– Berbibir seksi.

– Kurus.

– Tak kisah bertudung atau tidak.

– Berkongsi minat yang sama dengan saya.

– Menghormati orang tua dan mengutamakan keluarga.

Matlamat menyertai Mr Planet Nation Malaysia 2019.

Sebelum ini saya berlakon dalam drama dan iklan jadi apabila menyertai ini merupakan platform baharu untuk saya bina nama di tahap lebih tinggi, dapat belajar banyak perkara dan memantapkan lagi skill dalam bidang seni.

Jika anda ingin mengundi Aryan, boleh layari Fastyle