AllStar tidak berniat kalahkan Wakanda

Games

War Of Emperium (WOE) yang berlangsung pada Ahad menyaksikan pertembungan hebat antara beberapa pasukan.

Selepas lima belas minit pertahanan castle berlangsung, banyak pasukan berpindah saluran lain untuk mencari honor.

Akibat perpindahan ini, berlaku pertembungan pasukan AllStar dan Wakanda di saluran EN9.

Ketua pasukan AllStar, Earnz berkata, dia tidak tahu castle itu dihuni oleh Wakanda kerana ia dimiliki oleh pasukan Lanun.

“AllStar hanya masuk ke situ kerana mendapat info ada castle yang masih dibuka untuk mencari honor, jadi ahli kami berpecah ke beberapa saluran.

“Kami tidak tahu Wakanda berada di dalam kawasan Lanun, memang tiada niat kami untuk berperang dengan pihak itu.

Earnz mengakui terkejut apabila tular isu AllStar ingin menyerang Wakanda dan menyatakan pasukannya hanya makan pasir.

“Kami tiada masalah dengan Wakanda, tapi agak terkejut apabila menerima paparan skrin yang menuduh kami sengaja ingin menyerang Wakanda.

“Saya kecewa ada antara mereka cakap pasukan kami makan pasir, tapi bila tengok gambar… honor pasukan kami penuh.

“Tidak adil bagi kami kerana ramai juga pasukan lain yang berada disitu, kalau nak salahkan… salahkan semua pihak!” ujurnya kepada APTB.

Dalam pada itu, Earnz berterima kasih kepada pasukan Wakanda kerana memberi peluang kepada AllStar untuk memenuhkan honor.