Allstar®️ semakin serius, pengambilan ahli bukan main-main!

Games

PASUKAN Allstar®️ yang berada di saluran EN34 telah melakukan penyusunan semula ahli pasukan bagi persediakan untuk War Of Emperium yang bakal menjelang.

Menurut ketua bahagian pengambilan ahli, Queen1 berkata “Sebelum ini Allstar®️ penuh disebabkan oleh karakter kedua ahli pasukan… namun, ia telah dipindahkan ke guild kedua.”

Mikaleo yang sebelum ini ketua untuk Allstar®️ telah melantik Earnz sebagai ketua pasukan baru buat sementara waktu.

Bagi Earnz, pemilihan ahli baru turut mendapat persetujuan dari ahli lama dahulu.

“Selain dari memenuhi syarat-syarat kemasukkan, saya juga meminta ahli pasukan lain untuk mengesahkan tentang ahli baru…”

“Ini adalah untuk menjaga keharmonian semua ahli pasukan” ujurnya ketika dihubungi APTB.

Earnz turut menegaskan tiada sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan sekutu bagi pasukan Allstar®️.

“Saya tahu ramai bercakap tentang Allstar®️ akan bergabung dengan satu pasukan dari Malaysia untuk menjatuhkan pasukan lain… namun ia tidak benar!” Tegasnya.

Earnz yang menggunakan karakter Whitesmith turut mengesahkan bahawa beberapa pemain ranking tinggi telah menyertai pasukan Allstar®️ , namun ia masih menjadi rahsia pasukan.