Alasan ‘Wakanda terlalu power’ buat Wak stress, Kini mencari gadis untuk sertai Wakanda!

Games

KETUA Wakanda memberitahu ciri-ciri pemilihan ahli pasukan baru adalah perempuan.

Dalam pemilihan kali ini, kekuatan tidak menjadi taruhan namun Wakjilat memberi sedikit kelonggaran kepada para gadis.

‘Syarat sekarang weekly contribution adalah 3,000 hingga 5,000. Tapi kalau gadis, ada dikecualikan.

‘Team Wakanda akan guide ahli-ahli baru yang gadis ini supaya menjadi semakin kuat’ ujurnya ketika dihubungi APTB.

Dalam pada itu, Wakjilat tidak akan melakukan temuduga secara dalaman namun jika individu itu sebenarnya lelaki, dia akan disingkirkan tanpa notis.

‘Ahli pasukan sekarang penuh dengan pedang, mana bunganya… mana wanginya… kalau semua jantan…

‘Sekarang ahli perempuan ada seorang jer iaitu Amira… kesian Amira tak ada kawan.’

Wakjilat yang lebih mesra disapa Wak berkongsi, dia pernah beberapa kali menjemput beberapa gadis untuk menyertai Wakanda namun ditolak atas alasan Wakanda terlalu power.