Akhirnya Aiman Tino bersuara… mahu ambil tindakan jika ada terus sebarkan isu video lucah miripnya

Hiburan

PENYANYI Aiman Tino akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung isu video lucah dipercayai miripnya di laman sosial.

Menerusi instagramnya, Aiman memberitahu dia dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.

Dalam pada itu, dia berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang akan diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula hak ini.

Aiman turut membuat permohonan maaf kepada semua pihak terutamanya media.

“Aiman memohon maaf kepada semua pihak terutamanya teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier Aiman,” tulisnya.

Menerusi laporan APTB sebelum ini, rakaman video lucah mirip penyanyi muda Aiman Tino tersebar di Twitter sejak Isnin.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, lelaki berkenaan melakukan beberapa aksi mengghairahkan dalam keadaan berdiri dan mengiring.

Sambil menyentuh kemaluannya, aksi di dalam sebuah kamar tidur itu kelihatan sengaja dirakamkan berdasarkan interaksinya dengan kamera.

Namun, bahagian kemaluan lelaki itu ditutup menggunakan grafik stiker.

Sebelum ini, beberapa artis lelaki tempatan pernah terpalit dengan kontroversi video dan gambar lucah antaranya mirip Idris Khan, Syafiq Kyle, Ammar Alfian dan Ameer Forteen.