Adik Zahra dah takder… Nabila Razali kongsi kesedihan.

Hiburan

SEBELUM ini penyanyi Nabila Razali pernah memuat naik video tentang adik Syafiyah Nur Zahra Mohd Faizal yang menghidap kanser mata dan mempunyai ketumbuhan dalam otak.

Hari ini, penyanyi yang popular menerusi lagi Pematah Hati mengabadikan rasa kesedihan di laman instagramnya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Adik Zahra dah takde guys… sama-sama kita tolong sedekahkan Al-Fatihah ya… “, tulisnya.

Rata-rata pengikut Instagram Nabila meluahkan rasa sayu apabila melihat video yang dikongsi.

“Semoga Satu hari nanti saya pun dapat berjasa dan berbakti dengan orang seperti adik zahra. Sangat memberi inspirasi kak @nabila.razali. Semoga rezeki akak sentiasa melimpah ruah seluas lautan. Amin”, tulis Nafilaaliya.

Dalam masa yang sama, Nabila mengulang siar posting terdahulu menerusi video yang sama

“Assalamualaikum semua, pada tanggal 13 November 2018 Bella telah dimaklumkan oleh Kak @fizasabjahan tentang seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bernama Syafiyah Nur Zahra Mohd Faizal atau lebih mesra disapa dengan panggilan Zahra.

“Zahra mempunyai beberapa wish list antaranya dia nak naik kapal terbang, pergi tadika, naik MRT, makan ice cream, naik Vellfire & jumpa dgn Bella. Alhamdulillah Mak dia kata most of the wish list dah termakbul.

“Bella juga dimaklumkan yg adik Zahra ni merupakan pesakit kanser mata dan mempunyai ketumbuhan dalam otak. Without a second thought Bella curi sikit masa utk jumpa dgn adik Zahra ni.

“Bella juga difahamkan yg adik Zahra tidak mempunyai masa yg lama…

“So guys if you have a chance to cheer up kids like this please please please do so okay. They need us. May my story inspire you to do good to others. InshaAllah, Kongsi Nabila.