Adakah EN9 bakal kembali bersinar untuk pemain Malaysia?

Games Trending

TIGA bulan lalu, usaha pasukan Ragnarok M Eternal Love SEA (Malaysia Community) di laman sosial facebook berjaya menyatukan pemain Malaysia untuk berkumpul di saluran EN9.

Namun ia tidak kekal berikutan Ragnarok Online Mobile (ROM) mengalami beberapa masalah pada bulan kedua selepas pelancaran.

Blackscreen yang sering berlaku di waktu puncak membuatkan pihak pemaju mengambil keputusan untuk menghantar pemain dari saluran yang padat kepada saluran lain.

Disebabkan ROM memerlukan kerjasama pasukan, kebanyakkan ketua mengambil keputusan untuk menukar secara sukarela .

Antara yang terkenal di EN9 adalah Wakanda, Enemy, Allstar, Code55 dan beberapa pasukan lain yang kebanyakkan membawa nama MY turut mula membawa pasukan mereka ke saluran jauh dari EN9.

“Perasan teruja dah tak macam dulu, kalau dulu boleh borak di world chat bergaduh, gelak, melawak… tapi sekarang tercampak di saluran lain… sunyi jer” ujur Bora salah seorang yang dahulu aktif di saluran EN9.

Berikutan hal ini, APTB telah dihubungi oleh ketua dari pasukan yang popular di EN9 iaitu Wakjilat yang ingin kembalikan zaman kemeriahkan saluran EN9.

“Adalah yang terbaik kalau kita pasukan dari EN9 kembali bersatu di saluran lama, semua harus bersedia untuk WOE yang mungkin berlangsung pada bulan Jun nanti”

“Kita adalah pejuang dari Malaysia, kita patut bersatu untuk mengalahkan pejuang negara Asia Tenggara yang lain!”

“Walaupun kita berbeza pasukan, yang penting adalah semangat negara Malaysia”

APTB juga sempat menghubungi beberapa ketua pasukan yang berasal dari saluran EN9 dan kebanyakkan bersetuju dengan idea untuk kembalikan saluran EN9.