3 minggu memburu MVP, akhirnya kad MVP ribuan ringgit milik saya – Selby

Games Trending

JIKA anda sering melawat ke saluran PH atau VN, anda mesti tidak asing dengan nama -Selby- yang sering menguasai carta MVP disana.

Namun, siapa sangka dia adalah pemain yang berasal dari Malaysia namun aktif di saluran PH untuk memburu MVP.

Ketika dihubungi APTB, -Selby- turut berkongsi berita gembira bahawa dia berjaya mendapatkan kad MVP setelah 3 minggu memburu.

“Saya tak terfikir pun dapat kad MVP ni, sebab tujuaan asal adalah untuk mencari duit… namun rezeki saya hari ini dapat Strouf Kad”

Tinjauan harga pasaran Strouf kad untuk hari ini di exchange mencecah 140 juta zeny.

-Selby- yang berasal dari Johor membuat keputusan untuk meletakkan Strouf kad di auction (lelong) dan berharap kad ini dibida dengan harga maksimum.

Terdahulu, Strouf kad pernah dibida dengan harga 19,017 BCC ketika lelongan dibuat.

Menggunakan karakter Lord Knight ketika memburu, -Selby- kini turut berkongsi aktiviti di laman facebook rasminya iaitu IAm Selby.